Vitamin C Kanak Kanak
Vitamin C atau nama saintifiknya asid askorbik berfungsi sebagai fisiologi dalam tubuh. Erti kata lain, khasiat vitamin C ini dapat berikan struktur pembentukan tulang, rawan, otot dan saluran darah.
Pengambilan vitamin C bukan saja untuk golongan dewasa tapi untuk kanak-kanak juga kerana kapsul vitamin C terdapat dalam bentuk chewableyang boleh dikunyah seperti gula-gula.
Jadi, ibu bapa boleh berikan anak mereka vitamin C sejak usia 1 tahun lagi dengan kadar dos yang ditetapkan. Tekan disini untuk melihat senarai dos mengikut peringkat umur.
Isi kandungan
- Khasiat vitamin C untuk kanak-kanak
- 10 Vitamin C untuk kanak-kanak di Malaysia
- Artikel berkaitan
Apa khasiat Vitamin C untuk kanak-kanak?
Vitamin C dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh, mengelakkan jangkitan, m embentuk dan memperbaiki sel darah merah, tulang, tisu kanak-kanak serta mengurangkan risiko lebam sekiranya terjatuh.
Jika kekurangan vitamin C, tubuh badan tidak boleh menggantikan kolagen dalam badan mereka. Kesan daripada itu, pelbagai jenis tisu dalam badan akan rosak dan membawa kepada penyakit skurvi (gusi yang bengkak berdarah dan kemerahan, penyembuhan luka lambat serta kehilangan gigi).
Jadi kami akan senaraikan 10 Vitamin C untuk kanak-kanak mengikut kategori. Jom kita lihat!
10 Vitamin C Sesuai Diambil Oleh Kanak-Kanak di Malaysia
- Shaklee Vita-Lea for Children
- Champs Vitamin C Strawberry
- Redoxon Kids Vitamin C & Zinc
- Scott's Vitamin C Pastilles
- Apeton A-Z Kid's Vitamin C
- Champs Vitamin C witth Lysine
- Kordel's Kid
- Gummi King
- Bio-Life Vitamin C with Colostrum
- Super Kids Vita Gummy Vitamin C + Zinc
add_circle Mempunyai 8 jenis vitamin berbeza satu kapsul.
add_circle Tidak mengandungi perasa dan pengawet tiruan.
add_circle Bebas gluten.
remove_circle Tidak sesuai untuk anak kecil usia 2 tahun ke bawah.
Shaklee Vitalea kanak-kanak ini diformulasi 8 jenis vitamin dan mineral penting yang membantu kesihatan tubuh.
Vitamin ini sesuai untuk kanak-kanak berusia 4 tahun sehingga 12 tahun terutama mereka yang sukar makan sayur dan buah untuk imunisasi badan.
Jangan risau, kapsul ini rasa anggur kerana menggunakan pemanis semulajadi, Xylitol jenis tooth-friendlyjadi tidak akan merosakkan struktur gigi si kecil.
Pihak Shaklee telah pun mereka penutup khas bekas vitamin C Shaklee Vita-Lea untuk kanak-kanak bagi menyukarkan kanak-kanak membuka sendiri tanpa pengawasan ibu bapa dan mengelakkan pengoksidaan berlaku.
add_circle Bebas gula.
add_circle Sesuai untuk kanak-kanak 1 tahun - 12 tahun.
Vitamin C dari jenama Champs ini mempunyai 100 biji berperisa buah Strawberi tanpa gula dan setiap biji mengandungi 100MG. Sangat sesuai untuk pengambilan harian si kecil.
Kandungan yang ada dalam tablet Champs ini telah pun disahkan Halal malah diformulasi dengan kualiti yang tertinggi untuk membantu sistem imunisasi dan mengelakkan jangkitan.
Cara pengambilan diambil dua kali sehari sama ada sebelum atau selepas makan. Kanak-kanak berusia 1 sehinga 12 tahun boleh ambil kapsul vitamin C ini.
- Umur 1 - 3 tahun: 1-2 tablet.
- Umur 4 - 8 tahun: 1-3 tablet.
- Umur 9 - 12 tahun: 1-5 tablet.
Ingin kami ingatkan, pengambilan jumlah tablet haruslah mengikut arahan doktor.
add_circle Mempunyai kandungan Zinc.
add_circle Perisa Tutti Frutti.
remove_circle Tidak sesuai untuk anak kecil usia 5 tahun ke bawah.
Perisa vitamin C selalunya oren, anggur atau strawberi tapi jenama Redoxon berikan perisa Tutti Frutti berbentuk hati untuk menarik minat si kecil.
Kandungan kapsul vitamin C Redoxon ini bukan saja mengandungi vitamin C semata-mata tetapi gabungan bersama khasiat Zinc juga untuk pembentukan imun badan dan perkembangan sihat si kecil.
Selain itu, dapat membantu pembentukan tulang, gigi, gusi yang sihat serta perkembangan badan dan zinc yang merupakan mineral penting untuk badan dapat membantu metabolisme karbohidrat, lemak dan protein.
Cara pengambilan adalah setiap hari antara 1 - 2 biji untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun. Setiap kapsul mengandungan 250MG vitamin C dan 5mg Zinc.
add_circle Mempunyai pelbagai pilihan perasa.
add_circle Membantu menambah nutrien badan kanak-kanak.
remove_circle Tidak sesuai untuk anak kecil usia 2 tahun ke bawah.
Suplemen vitamin C jenama Scott's mempunyai pelbagai perisa iaitu strawberi, oren dan mixedberries.
Menurut Pengurus Besar Penjagaan Kesihatan Pengguna GlaxoSmithKline (GSK), Bryan Wong, ketiga-tiga perisa itu terdapat dalam bentuk berbeza iaitu bentuk ikan, sotong dan ketam.
Vitamin C ini sangat sesuai bagi kanak-anak yang sangat cerewet tentang pengambilan makanan atau makanan tambahan. Jadi dengan vitamin C dalam bentuk Pastilles ini pasti mereka cukup nutrien dalam badan.
Cara pengambilan adalah 3 biji setiap hari untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas saja. Setiap kapsul mengandungi 21MG vitamin C.
Setiap anak-anak mempunyai citarasa berbeza. Vitamin C ini datang dalam perisa Blackcurrant yang lazat dan ianya halal. Dirumus khas untuk kanak-kanak berumur 2 - 6 tahun, didatangi dalam tablet berbentuk segi empat dengan reka bentuk abjad yang menarik dan boleh dikunyah.
Vitamin C membantu anak anda membesar dengan sihat dan kuat. Ianya mengandungi anti oksida yang menyokong ketahanan sistem imunisasi badan serta memastikan gusi tidak mudah dijangkiti penyakit.
Baik untuk si kecil yang lemah sistem pertahanan badan agar dapat mengembalikan imunisasi.
Ikuti dos pengambilan vitamin C yang betul agar nutrisinya mudah diterima tubuh. Vitamin C daripada Kordel ini mengandungi bioflavonoid lemon yang meningkatkan lagi khasiat vitamin C dalam tubuh badan. Ianya diibaratkan sebagai booster vitamin.
Jika anda seorang vegetarian, pilihlah Vitamin C tanpa gelatin ini. Ianya diperbuat daripada pectin sebagai gantian gelatin. Rasanya masam manis pasti menarik minat anak anda untuk mencuba tablet kunyah ini . Ianya membantu menyembuhkan luka dengan pantas serta melindungi sel-sel tubuh badan daripada kerosakan.
Vitamin C daripada BiO-Life ini dirumus khas dengan kolostrum untuk memberi khasiat berganda. Kolostrum atau susu lembu mengandungi immunoglobin dan Proline Rich Peptide. Vitamin ini memberi pelindungan menyeluruh pada kesihatan badan serta imunisasi tubuh.
Sesetengan kanak-kanak kurang gemar mengunyah tablet yang seakan-akan ubat orang dewasa. Dengan vitamin C Super Kids ini, pasti mereka tidak sabar untuk memakannya. Ianya didatangi dalam bentuk gummy, seakan-akan gula-gula. Vitamin C ini juga mengandungi zinc yang baik untuk sistem pencernaan.
Source: https://productnation.co/my-bm/27834/vitamin-c-terbaik-kanak-kanak-malaysia/
0 Komentar